• HE DYNAMIC PUBLICATION-03
  • HE DYNAMIC PUBLICATION-04
1

NOVEL : KAPTEN SHAD ZAWIR CODE NAME : SHARK - HANA EFRIENA (HE)

Regular price
RM 32.40
Sale price
RM 32.40
Regular price
RM 36.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products


VOL 1 : Hero Kedua Selepas Dia


Dia, Shad Zawir. Lelaki yang bercita-cita tinggi.

Malangnya kerana desakan hidup, dia terpaksa kuburkan impiannya. Namun ada seorang gadis sanggup menghulur tangan untuk membantu Shad menggapai cita-citanya. Berkorban segala-galanya untuk dia.


> “Alai tak payahlah kerja siang-malam. Nanti Alai sakit.”

— Teratai Daneen

> “Alai nak cari duit supaya Shad dapat sambung belajar. Shad nak masuk UPNM dan jadi tentera kan?”

— Teratai Daneen

Dia berpesan supaya wanita itu menantinya. Namun dia jugalah orang yang mengkhianati janji mereka berdua.

> “Alai akan tunggu Shad kan? Alai jangan cari lelaki lain. Shad janji nanti Shad dah berjaya, Shad akan pinang Alai.”

— Shad Zawir


Lebih 10 tahun, Teratai setia di kampung. Pada awalnya Shad berpegang pada janji. Pulang menjenguk dia di kampung. Sehinggalah lelaki itu mula mendapat gelaran Kapten Shad Zawir, Teratai mula dibiarkan kesepian tanpa bertanya khabar.

Namun Shad menyepi bukan kerana pilihannya. Tapi dia terpaksa tatkala dia diberikan satu amanah berat oleh seseorang yang juga banyak berjasa dalam hidupnya.

> “Kahwin dengan Aura. Jaga dia, sama macam awak jaga nyawa awak dan negara. Aura Adelia, dia nampak kuat macam kita. Tapi hati dia… penuh dengan kesan luka.”

— Mejar Jeneral Dato’ Aminuddin


Kerana amanah, dia menggalas tanggungjawab. Kerana satu rahsia, dia harus tampil membantu. Perkenalan yang singkat, namun akhirnya membawa mereka berdua ke jinjang pelamin. Sangkaan Shad, dia mampu terus jadi lelaki yang setia. Puas dia bersikap dingin. Namun siapa sangka, dia bakal jatuh cinta pada wanita bernama Aura Adelia itu. Namun dalam masa yang sama jugalah, Teratai mula menjengah dirinya. Bimbang rahsianya lebur di depan Aura, Shad buat keputusan untuk bersemuka dengan Teratai nun jauh di kampung sana.

> “Alai tunggu Shad. Alai tak pernah serahkan hati Alai pada mana-mana lelaki lain. Tapi kenapa Shad buat macam ni? Perempuan kampung macam Alai, dah tak layak ke nak jadi isteri kepada tentera disegani macam Shad?”

— Teratai Daneen


Shad akui kesalahannya. Tak pernah dia lupakan ‘dosa’ dia pada Teratai. Namun dia juga manusia yang hidup berpegangkan takdir Allah SWT. Dan semuanya menjadi semakin keruh saat rahsia itu sampai ke pengetahuan Aura.

Agak-agak ke mana hala tuju hubungan mereka?

Siapa yang Shad pilih pada akhirnya? Terus menjadi hero dalam hidup Aura atau kembali menunaikan janji pada Teratai?


VOL 2 : Misi Tebus Dosa


Di hadapan team Alpha, dia adalah seorang ketua yang gagah dan sempurna. Siapa sangka, di sebalik kesempurnaan itu, dia menyimpan luka yang bukan sedikit. Namun tak pernah walau sekali dia salahkan sesiapa kerana dia tahu, ini kifarah untuk dosa-dosa dia pada Aura dan Teratai.

> “Now by having my arms here, shoulder to shoulder, elbow to elbow, I create a physical barrier like a wall. Dan di sini juga saya nak bagi pengajaran pada semua team. Zhafran is not our meat shield, he’s our buddy. Jadi sebagai satu pasukan, kita tak boleh risikokan anggota yang lain. Kita kena saling melindungi. Understand?”

— Kapten Shad Zawir

Tegasnya seorang Shad ketika di padang latihan dan sewaktu bertugas. Namun di hadapan seorang isteri bernama Aura Adelia, dia hanyalah lelaki yang ‘kalah’ dan tak berdaya.

> “Saya kuat bila berdepan dengan musuh. Saya kuat kalau disuruh berperang. Tapi bila melibatkan awak, saya kalah.”

— Kapten Shad Zawir

Sewaktu bertugas, dia dengan misinya untuk berkorban demi Negara, bangsa dan agama. Tapi di sisi Aura, dia dengan misi dia untuk tebus dosa.

> “Kalau ada sesuatu yang saya mampu buat untuk awak, saya pilih untuk gantikan anak kita yang dah pergi. Sekurang-kurangnya awak masih ada seseorang yang boleh membahagiakan awak.”

— Kapten Shad Zawir

Kalau Shad lelah, Aura juga sama. Sehingga dia selalu berdoa, agar sakitnya mencintai seorang Shad Zawir ini akan segera bertemu titik noktah.


> “Cari perempuan lain, Shad. Dan ceraikan saya. Sampai bila nak seksa diri kita macam ni? Awak tak penat ke? Saya letih, Shad. Saya penat.”

— Aura Adelia


Seringkali pujukan ditolak. Acapkali, rayuannya langsung Aura tak hiraukan. Sehinggalah ada satu insiden yang berlaku. Yang membuka mata Aura, selama ini Shad benar-benar mahu menebus setiap kesalahan Shad terhadap dia dan Teratai. Shad cagarkan nyawa untuk tebus setiap dosa-dosa dia.

> “Awak perlu pulang dengan selamat, Shad. Awak perlu terus hidup sebab ‘hukuman’ saya pada awak masih terlalu sedikit. Please stay alive, Kapten Shad Zawir.”

— Aura Adelia


Agak-agak mampu ke Shad kembali dengan selamat ke pangkuan Aura? Dan andai kata Shad kembali, berjaya kah Shad dengan misi tebus dosanya itu? Atau segala usaha Shad selama ini kekal sia-sia apabila mereka tetap perlu berpisah juga?