• MELAKAR BAYANG-01
  • MELAKAR BAYANG-02
1

NOVEL : MELAKAR BAYANG - MUSTREAD

Regular price
RM 22.50
Sale price
RM 22.50
Regular price
RM 25.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

Pengkhianatan oleh Rafeeq, sahabat dalam kerjaya seni lukis yang dipercayai, telah mengubah kehidupan Hafsa. Kerjaya Hafsa disabotaj tanpa belas ihsan dan kesunyian yang mendadak menuntun Hafsa membuka peti kenangan tentang persahabatan lama dengan seseorang bernama Athif sewaktu remaja di sekolah.

Athif, yang hadir tanpa isyarat dan syarat, mendukung cita-cita polos Hafsa ingin menjadi pelukis. Keakraban mereka semakin menebal kerana kisah hitam dan trauma masing-masing. Namun, kedukaan bermula apabila Athif berpemergian akibat kemalangan jalan raya.

Bayang-bayang Athif yang berjejeran di jalan raya mengikuti Hafsa hingga ke alam dewasa, menjadi bekas dan pusaka ingatan yang terbenam dalam kerinduan Hafsa.

Setiap kenangan yang dibuka semula, rupa-rupanya mendedah sejarah Athif yang selama ini Hafsa tidak tahu. Apakah kedukaan dan kesedihan dapat terjawab apabila sejarah Athif terlerai kuncinya?