NOVEL : SIRI AGEN TERRA 3 - KARANGKRAF
- Regular price
- RM 13.50
- Sale price
- RM 13.50
- Regular price
-
RM 15.00
Share
Agen Terra 03 ialah siri novel tweens yang mengetengahkan tema ilmu, kreativiti, dan keberanian sebagai senjata utama menentang ancaman luar angkasa.
AGEN TERRA 03: DEBUNGA CAHAYA
Hakim cuma mahu menyiapkan projek Buku Skrap Maya bersama dua sahabatnya, Haikal dan Hanan. Tapi semuanya berubah apabila mereka menemui bunga ros pelik tanpa duri di hutan Pulau Cincin, bunga yang boleh melilit, hidup dan menyerang balik! Siapa sangka penemuan itu membawa mereka kepada rahsia terbesar Cikgu Mawar? Cikgu sains mereka rupa-rupanya… manusia hibrid! Kini Hakim dipilih menjadi Agen Terra 03, wira bumi yang perlu belajar menggunakan kuasa telepati dan mengawal flora luar biasa untuk menentang bangsa belalang gergasi yang mahu menawan dunia. Mampukah Hakim melindungi bumi dan menyelamatkan dunia asal Cikgu Mawar sebelum debunga cahaya terakhir hilang? Pengembaraan bermula, berani ikut?
AGEN TERRA 03: RERIANG LOGAM
Segalanya kelihatan biasa apabila murid baharu, Nora, muncul di SK Bukit Tunggal. Pintar, hebat bersukan dan cepat popular, dia seperti saingan baharu bagi Hakim dan rakan-rakannya. Namun, kejadian pelik mula mengganggu sekolah seperti gangguan elektrik yang berlaku tanpa sebab, reriang logam muncul entah dari mana, hidupan bertukar menjadi logam di depan mata dan pelbagai lagi. Hakim yang memiliki kuasa telepati dengan flora mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena.Sangkaan itu terbukti apabila Nora mendedahkan identitinya bahawa dia adalah permaisuri makhluk logam Hemiptera, yang mencari dunia baharu untuk menjadi koloni mereka. Untuk menyelamatkan bumi, Hakim dan pasukannya mencipta perangkap elektromagnet dan cecair SKNK yang mampu melemahkan serangga logam. Pertempuran besar pun bermula! Siapa yang menang? Bagaimanakah pengakhirannya?
AGEN TERRA 03: RAJA SPORA
Kampung Bukit Tunggal heboh dengan projek penanaman cendawan yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Pada awalnya, Hakim dan rakan-rakannya menganggapnya sebagai peluang ekonomi untuk penduduk kampung. Tetapi sesuatu yang pelik berlaku seperti spora misteri terapung di udara, kulat lendir yang seolah-olah hidup dan cendawan bioluminesensi yang bersinar dalam gelap. Curiga dengan semua kejadian itu, siasatan Hakim dan kawan-kawan membawa kepada penemuan mengejutkan bahawa En. Najib sebenarnya ialah Lt. Kol. Dr. Najib, pakar peperangan biologi yang digelar Raja Spora! Rancangannya amat berbahaya, menjadikan seluruh kampung sebagai makmal hidup untuk mencipta dunia cendawan, bermula dengan serangan spora berskala besar. Berjayakah Hakim menyelamatkan kampung sebelum semuanya dilitupi spora?