• NOVEL KK 11-03
  • NOVEL KK 11-04
1

NOVEL : SIRI DETEKTIF VAMPIRE ( PENERBIT X ) - PTS

Regular price
RM 10.80
Sale price
RM 10.80
Regular price
RM 12.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

Detektif Vampire: Ilusi Maut

TIK TOK! TIK TOK! TIK TOK! BUNYI JAM BERDETIK!

Doktor Wardah, seorang pakar psikiatri menerima pesakit bernama Hadi, yang sukar menghadapi kenyataan kematian anak dan isterinya. Ibu bapa Hadi meminta pertolongan Doktor Wardah memadam memori hitamnya menerusi hipnosis. Namun, sesuatu telah berlaku. Hadi mula dihantui ilusi kehadiran seorang wanita dan kanak-kanak lelaki. Lama-kelamaan gangguan ilusi itu memberikan kesan kepada mental Hadi sehingga dia tidak dapat membezakan antara realiti dan ilusi. Tidak lama kemudian Hadi hilang secara misteri.

Tanpa sengaja, Cikgu Farisha bersama Kelab Detektif Vampire terlibat dengan masalah Doktor Wardah. Mereka cuba menyelongkar dalang di sebalik ilusi-ilusi yang dikaitkan dengan hipnosis sehingga menyebabkan kematian. Malah mereka juga terdedah kepada ancaman bahaya ketika dalam proses mencari si pelaku yang sebenar. Anaqi perlu mendapatkan petunjuk yang terakhir sebelum dia dan rakan-rakan menjadi mangsa seterusnya.

Kelab Detektif Vampire bekerjasama dengan Inspektor Farid dan Detektif Lee bagi menangkap si pelaku sebenar. Di sebalik kejadian yang menimpa keluarga Hadi, ada rahsia yang bakal terbongkar.


Detektif Vampire: Patung Voodoo

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH MENENGAH ELIT CENDERAWASIH!

Sesi penggal pertama Anaqi di sekolah elit itu dikejutkan dengan kejadian ngeri seorang pelajar perempuan kerasukan mencederakan diri sendiri. Anaqi yang memiliki kuasa psychometric mendapat imbasan-imbasan kabur di lokasi kejadian. Patung voodoo bersama-sama kertas ritual ditemui. Kemudian, seorang demi seorang pelajar kerasukan dan mencederakan diri sendiri. Dan semua pelajar ini adalah ahli-ahli kelab sorak.

Hafiy dan Bazli, dua rakan baharu Anaqi sentiasa memujuknya menyertai kelab detektif yang mana ahlinya cuma mereka berdua. Kelab detektif akan ditutup sekiranya mereka gagal mendapatkan ahli baharu. Namun, Anaqi tidak berminat. Bagaimanapun, mereka bertiga bersama-sama cuba membongkar misteri di sebalik kes sihir patung voodoo yang semakin kerap terjadi. Petunjuk mereka tertumpu pada Lara, seorang pelajar yang sering menjadi mangsa buli mangsa-mangsa sihir sebelum ini. Adakah ini caranya Lara membalas dendam terhadap mereka yang membulinya?

Anaqi sedar ada tangan asing yang sedang memanipulasi pelajar-pelajar sekolah ini. Apakah tujuannya? Kenapa Sekolah Menengah Elit Cenderawasih yang dipilih?