• SISAKAN AKU CINTA-01
  • SISAKAN AKU CINTA-02
1

NOVEL : SISAKAN AKU CINTA - SEMESTA PUB.

Regular price
RM 35.10
Sale price
RM 35.10
Regular price
RM 39.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

Rasyad Aryan dikenali dengan sifat jengkelnya, ponteng sekolah pula merupakan rutin hariannya. Walaupun di luar tampak biasa, dalam diam, dia menyimpan satu anugerah dari tuhan yang tidak dimiliki manusia biasa. Dia mampu menyembuhkan penyakit setiap manusia yang disentuhnya. Namun, untuk setiap kesembuhan itu pasti akan ada harganya.

Takdir menemukannya dengan Naura Amani, seorang pelajar cemerlang yang selalu mematuhi peraturan, tangga pertama dalam tingkatan sentiasa dalam genggaman. Setiap kali mereka berselisih ada saja yang tidak kena.

Namun siapa sangka, hidup mereka berubah serta merta setelah kedua-duanya meninggalkan bangku persekolahan. Dan setelah beberapa tahun, takdir menemukan mereka kembali. Tanpa mereka sedar, takdir mereka sebenarnya terikat dengan satu organisasi rahsia, The Fortia yang pernah disertai bapa mereka suatu ketika dahulu.

Rasyad Aryan, jiwanya mati di hari yang sama ayahnya pergi. Naura Amani, dia berhenti menggapai mimpi kerana mimpinya pernah dihancurkan ibunya sendiri. Dan pada akhirnya, mereka yang memusnahkan kehidupan mereka sendiri.

Apakah rahsia di sebalik The Fortia dan apakah kaitannya dengan kehancuran hidup mereka? Adakah mereka akan saling menyembuhkan atau pada akhirnya, mereka akan saling menghancurkan?