• SK - SIRI JOM BELAJAR-02
  • SK - SIRI JOM BELAJAR-03
  • SK - SIRI JOM BELAJAR-04
  • SK - SIRI JOM BELAJAR-01
1

SR : JOM BELAJAR! - KIDDIBIRD

Regular price
RM 5.31
Sale price
RM 5.31
Regular price
RM 5.90
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

Penjodoh Bilangan ialah perkataan yang digunakan berpasangan dengan nama apabila menunjukkan bilangan. Penjodoh bilangan berfungsi menerangkan aspek bilangan sesuatu benda, hal, perkara, tempat dan manusia. Kadangkala, penggunaan penjodoh bilangan dalam pertuturan seharian dan dalam bidang penulisan tidak lagi dititikberatkan. Oleh itu, penerbitan buku ini adalah untuk membantu murid memahami konsep penjodoh bilangan dalam membina struktur ayat Bahasa Melayu yang gramatis dan betul. Tambahan, penerangan serta ayat contoh yang jelas dan mudah difahami turut disertakan untuk membolehkan murid menggunakan penjodoh bilangan yang tepat dalam kehidupan seharian mereka.

Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi maksud tertentu seperti pepatah, bidalan dan sebagainya. Peribahasa digunakan untuk menyampaikan teguran, ingatan dan nasihat secara sindiran atau kiasan. Oleh demikian, tujuan utama penerbitan buku ini adalah untuk membantu murid-murid memahami dan menguasai penggunaan peribahasa dengan cara yang mudah dan efektif. Setiap peribahasa disusun mengikut keselarasan penyusunan entri dan diberi maksud dan contoh ayat yang jelas untuk memudahkan pemahaman murid-murid.

Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas. Kebiasaannya, simpulan bahasa terdiri daripada dua perkataan yang mempunyai makna yang padat dan tepat. Simpulan bahasa bukan sahaja digunakan untuk mendidik, menyindir dan bahasa berkias bahkan juga medium untuk menyelitkan pengajaran kepada masyarakat. Setiap simpulan bahasa dalam buku ini disusun mengikut turutan abjad dan diberikan makna dan ayat contoh yang jelas untuk memudahkan pemahaman pembaca.

Semoga penerbitan buku ini juga dapat mendedahkan pembaca kepada kepelbagaian aspek bahasa. Belajar melalui bermain adalah teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak - kanak. Teknik ini mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada kanak - kanak dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan