RUJUKAN : MASTERCLASS STPM SEMESTER 1 - SASBADI
- Regular price
- RM 25.90
- Sale price
- RM 25.90
- Regular price
-
RM 0.00
Share
MASTERCLASS STPM Semester 1
Sejarah Malaysia (1800–2000)
Sukatan pelajaran peperiksaan STPM terbaharu akan digunakan mulai tahun 2025, dengan peperiksaan semester 1 untuk kohort 2026. Sukatan ini merupakan sukatan pelajaran peperiksaan yang dimurnikan untuk menggantikan sukatan pelajaran peperiksaan sedia ada yang telah digunakan sejak tahun 2012 bagi STPM kohort 2013.
Untuk memenuhi keperluan terkini, siri MASTERCLASS STPM ini diterbitkan secara teliti berdasarkan pemurnian sukatan pelajaran tersebut dengan digilap kandungan digital eksklusif seperti laluan sisi dan kod QR yang disusun secara sistematik untuk guru dan pelajar pada peringkat STPM. Semua elemen ini disusun selaras dengan Dasar Pendidikan Digital yang menekankan pembelajaran berpusatkan pelajar serta penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai pengalaman pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik.
Siri ini juga menampilkan reka bentuk trend terkini, segar, dan berwarna-warni serta memenuhi kehendak dan cita rasa pelajar masa kini. Selain digubal berdasarkan sukatan pelajaran peperiksaan STPM terbaharu, siri ini mengandungi nota padat dan tepat untuk memudahkan pembelajaran dan pemahaman, serta lajur sisi yang lengkap dengan pelbagai informasi dan kod QR kandungan digital. Bagi memenuhi keperluan peperiksaan, praktis dan kertas model yang digubal berdasarkan format dan skema peperiksaan terkini juga disediakan untuk membantu pelajar menguasai persediaan menghadapi peperiksaan STPM.
Sebagai tambahan, konsep pembelajaran kontekstual melalui pelbagai kemahiran diterapkan sebagai nilai tambah untuk memenuhi keperluan pendidikan semasa dan memupuk pemikiran kritis dalam kalangan pelajar. Oleh itu, keberkesanan buku ini sebagai panduan untuk mencapai keputusan cemerlang dalam STPM seharusnya diyakini oleh semua pelajar.