AGAMA : 40 HADIS KEADAAN UMAT SEBELUM KIAMAT - CRESCENT NEWS
- Regular price
- RM 39.00
- Sale price
- RM 39.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Hadis merupakan sumber hukum yang disepakati oleh ulama untuk dijadikan dalil atau sandaran kepada sesebuah perkara yang melibatkan perkara akidah, ibadah mahupun perkara-perkara yang dilakukan oleh manusia dalam kehidupan seharian mereka. Secara umumnya, pengertian hadis ialah apa sahaja yang dinisbahkan kepada Rasulullah SAW berupa perkataan, perbuatan, taqrir iaitu sikap diam yang menandakan setuju. Manakala sejarah perkembangan hadis bermula secara berperingkat-peringkat bermula sewaktu zaman Rasulullah SAW, zaman sahabat, zaman tabi’in dan diikuti pula oleh zaman ulama-ulama hadis sehinggalah ia tersebar sehingga ke hari ini. Perkembangan tersebut juga meliputi perbahasan dalam kalangan ulama yang melibatkan permulaan hadith dalam diri Rasulullah SAW. Dalil yang menunjukkan bahawa hadis adalah sumber perundangan Islam dan merupakan hujjah tidak perlu dipersoalkan lagi, kerana ia terlalu banyak.