AGAMA : ABU HURAIRAH (PERAWI HADIS TERMASYHUR) - PAK LATIP
- Regular price
- RM 25.20
- Sale price
- RM 25.20
- Regular price
-
RM 28.00
Share
Abu Hurairah, hidupnya demi agama. Menyebarkan hadis yang diketahuinya demi kepentingan umat Nabi Muhammad SAW yang sangat dikasihinya. Nama asalnya Abdul Syam. Abdul Rahman, itulah namanya yang telah diberikan oleh Rasulullah setelah beliau mengakui Allah SWT itu Tuhan yang satu dan Muhammad itu pesuruh Allah SWT.
Kerana kecintaannya kepada kucing, Nabi Muhammad sendiri telah menggelarkanya dengan nama Abu Hurairah. Beliau merupakan insan yang sangat penyanyang dan bertanggungjawab. Walaupun ibunya berlainan agama, beliau masih membawa ibunya berhijrah bersamanya dari Yaman ke Madinah, berkat doa Nabi ibunya memeluk Islam atas permintaan beliau agar mendoakan ibunya masuk Islam juga.
Kisah kehidupannya penuh liku, walaupun beliau termasuk dalam penjaga hadis, menyebarkan hadis, namun fitnah tetap terpalit keatas dirinya. Namun, kecintaan dan kebenaran tetap di perjuangkan hingga penghujung nyawa.