• HR DAJJAL-01
  • HR DAJJAL-02
1

AGAMA : AGENDA RAHSIA KAKITANGAN DAJJAL MENGHANCURKAN ISLAM - HR PUBLISHING

Regular price
RM 38.90
Sale price
RM 38.90
Regular price
RM 0.00
Secure payments | HASANIBOOKS - Kedai Buku Online Malaysia | Buku Teks, Al-Quran, Alat Tulis & more
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS - Kedai Buku Online Malaysia | Buku Teks, Al-Quran, Alat Tulis & more
Authentic products

Perkara paling ketara tentang konspirasi dajjal adalah usaha gerakannya mencipta pelbagai teknologi yang membawa masuk makhluk dari alam ghaib ke alam nyata. Buktinya dapat dilihat melalui kerosakan dan kecelaruan yang sedang berlaku di mana-mana hari ini.

Puak dajjal mendapat bantuan daripada syaitan-syaitan untuk memperkukuh kedudukannya dalam misi menjahanamkan umat manusia. Begitu juga dengan syaitan yang akan bertungkus-lumus membantu dajjal, dan inilah masa terbaik mereka untuk menyesatkan lebih banyak keturunan Adam.

Dengan gerakannya yeng tersendiri, dajjal berupaya menyeludup masuk ke dalam setiap rongga kehidupan manusia melalui globalisasi, demokrasi, toleransi dan sebagainya. Ini termasuklah dengan menghancurkan kestabilan ekonomi, merosakkan institusi kekeluargaan sehinggalah kepada sistem kerajaan, selain mencipta pertelagahan atau perpecahan dalam kalangan manusia, terutamanya Islam. Walaupun dilihat agak mustahil, namun mereka hampir menyempurnakan gerak kerja itu dengan yakin dan lancar.