• 9789838223355-01
  • 9789838223355-02
1

AGAMA : HIDAYATUS SIBYAN (EDISI KITAB KUNING KLASIK) - FAJAR PAKEER

Regular price
RM 15.30
Sale price
RM 15.30
Regular price
RM 17.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

HIDAYATUS SIBYAN

Fi Ma’rifatil Islam wal Iman


Kitab Hidayatus Sibyan Fi Ma’rifatil Islam wal Iman merupakan karya tulisan tentang akidah dan fiqh berdasarkan mazhab Syafi‘i dalam bahasa Melayu yang disusun oleh Syeikh Abu ‘Abdullah Husain Nashir bin Muhammad Thayyib al-Mas‘udi al-Banjari (1863–1936M), yang dikenali sebagai Tuan Guru Tuan Hussin Kedah.


Sepertimana tajuknya, Hidayatus Sibyan Fi Ma’rifatil Islam wal Iman (Petunjuk Bagi Yang Baru Belajar Mengenal Islam dan Iman) kitab ini ditulis oleh penulisnya sebagai panduan umat Islam, khususnya bagi kanak-kanak atau mereka baharu mula ingin belajar ajaran Islam, sama ada daripada aspek akidah atau syariatnya. Kitab ini banyak diajarkan di pondok-pondok pengajian Islam bagi mereka yang baru masuk pondok.


Kitab selesai ditulis pada hari Isnin, 18hb. Muharram 1330 Hijrah bersamaan 08hb. Januari 1912 Masihi. Pada masa kini, kitab Hidayatus Sibyan ini telah disalin semula dengan tulisan Rumi dan telah diterbitkan oleh beberapa syarikat penerbitan bagi memudahkan generasi sekarang membaca dan memahami isi kandungannya.