• EASYSTORE BUKU AGAMAaaaa-05
  • EASYSTORE BUKU AGAMAaaaa-06
1

AGAMA : KEMUNCULAN DAJJAL MENURUT AL-QURAN DAN HADIS RASULULLAH - PUSTAKA ILMUWAN

Regular price
RM 16.20
Sale price
RM 16.20
Regular price
RM 18.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

Dajjal seperti yang digambarkan di dalam hadis ialah seorang lelaki yang

buta sebelah matanya dan tertulis di antara kedua matanya itu perkataan kafir.

Mendengar fizikalnya seperti ini pasti ramai yang tertanya-tanya apakah

bahayanya Dajjal kepada umat Islam?

Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk

kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun

di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali

Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal

kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah

dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar

kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-

orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah.

Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi

pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.