• PAK LATIP MAHATMA GANDHI-01
  • PAK LATIP MAHATMA GANDHI-02
1

AGAMA : MAHATMA GANDHI (PENJUANG KEMERDEKAAN INDIA) - PAK LATIP

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 30.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

“Mencari-cari peluang kehidupan, membawa tubuh halus itu sehingga ke Afrika Selatan. Suatu ketika dahulu pernah ditohmah, direndahkan martabatnya hanya kerana beliau bukanlah dilahirkan kasta paling tinggi dan tidak layak menyambung pelajaran sehingga ke luar negara — berdiri sama tinggi dengan penjajah. Namun, beliau buktikan sebaliknya. Namanya menjadi sebutan, sebelum beliau mekar di negara sendiri. Ke mana beliau melangkah, beliau membawa semangat perjuangan mempertahankan kehormatan anak bangsa.

Perjuangan yang tiada henti sehingga nafas terakhir. Berjuang cara sendiri yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun, betapa tanpa ucapan, perbuatannya dapat melembutkan banyak jiwa yang keras dan bongkah. Demi tidak mahu rakyat merana, beliau sanggup berpuasa sehingga mati, dan demi tidak mahu melihat beliau terseksa, rakyat mengalah.

Begitulah beliau berjuang, sesungguhnya perjuangan tidak perlukan kekerasan. Bapa kemerdekaan India yang hilang tiada ganti, kehilangan ditangisi — yang menarik keluar India dari lembah penjajahan tanpa penghujung.

Beliaulah yang dilahirkan sebagai Mohandas Karamchand Gandhi, akhirnya dipuja, dihormati dan dipandang tinggi sehingga dunia mengenalinya sebagai “Mahatma” yang bermaksud orang suci. Betapa agung jiwa sucinya demi mempertahankan kedaulatan anak bangsa sehingga nafas yang terakhir.”