• PAK LATIP MUAWIYAH ABU SUFYAN-01
  • PAK LATIP MUAWIYAH ABU SUFYAN-02
1

AGAMA : MUAWIYAH ABU SUFYAN (PENULIS WAHYU, PAHLAWAN DAN PEMIMPIN) - PAK LATIP

Regular price
RM 40.50
Sale price
RM 40.50
Regular price
RM 45.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

Muawiyah bin Abu Sufyan (602-680 Masihi) merupakan pengasas Kerajaan Bani Ummaiyah. Bapa beliau, Abu Sufyan bin Harb merupakan penentang kuat Rasulullah SAW tetapi akhirnya telah memeluk Islam. Muawiyah telah Islam lebih awal tetapi menyorokkan status keislaman beliau daripada pengetahuan keluarganya.

Beliau telah dilantik menjadi penulis wahyu ketika Rasulullah SAW masih hidup. Selepas kematian saudaranya Yazid pada tahun 640 Masihi, Muawiyah telah dilantik menjadi Gabenor Syam oleh Khalifah Umar al- Khattab. Selepas kematian Khalifah Ali bin Abi Talib, Hassan bin Ali telah melepaskan jawatan sebagai Khalifah kepada Muawiyah bagi mengelakkan perpecahan dan perbalahan berterusan dalam kalangan orang Islam. Antara sumbangan besar beliau adalah menubuhkan pasukan tentera laut Islam.

Beliau juga pernah melaksanakan usaha pengepungan melalui darat dan laut ke atas Constantinople, meskipun gagal menawan kota itu. Seorang pemimpin yang berpandangan jauh, Muawiyah bin Abu Sufyan telah meninggal dunia pada tahun 680 Masihi.