• PAK LATIP PERANG TABUK-01
  • PAK LATIP PERANG TABUK-02
1

AGAMA : PERANG TABUK (TAAT SETIA PARA SAHABAT) - PAK LATIP

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 30.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

Perang Tabuk yang merupakan peperangan terakhir yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW. Perang Tabuk terjadi pada bulan Rejab tahun kesembilan Hijrah (Oktober 631 Masihi). Tabuk terletak di utara kota Madinah iaitu sejauh kira-kira 778 kilometer.

Perang ini juga dinamakan sebagai Perang Al-Usrah yang bererti "perang kesulitan" kerana peperangan ini terjadi pada musim panas yang amat dahsyat sehingga sangat menyeksakan buat orang yang berjalan di bawah terik matahari pada musim itu.

Sebaik sampai di Tabuk, Rasulullah SAW bersama angkatan tentera Islam telah mengadakan 'perjanjian perdamaian' dengan penduduk di sekitar Tabuk. Rasulullah SAW memberi jaminan keamanan kepada penduduk Tabuk, selagi mereka tidak menyebelahi musuh Islam dan memerangi atau berbuat jahat terhadap Islam.

Tentera Islam menang dalam Perang Tabuk kerana tentera Rom berundur kerana gentar apabila kekuatan benteng tentera Islam bertambah. Lalu tiada sebarang pertumpahan darah yang berlaku.