KOMIK : RENTAP - MUSTREAD
- Regular price
- RM 15.00
- Sale price
- RM 15.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
RENTAP 01 - PAHLAWAN IBAN YANG MENGGEMPARKAN PENJAJAH
Rentap, pahlawan Iban muncul tatkala Sarawak mula dicengkam oleh kuasa asing. Rentap mengetuai perjuangan tanpa henti menentang kekuasaan penjajah James Brooke yang rakus ingin menakluk bumi Sarawak. Kemarahan penduduk tempatan memuncak apabila pelbagai pembaharuan diperkenalkan oleh Brooke. Bukan hanya melantik pegawai British dalam pemerintahan, malah melanggar tradisi masyarakat Iban serta menghapuskan penempatan mereka di Skrang dan Saribas. Dengan kebijaksanaan merancang strategi perang gerila dan keberaniannya yang luar biasa, Rentap dan para pengikutnya menggerunkan tentera Brooke yang lengkap bersenjata moden. Komik Rentap 1 memuatkan konflik antara maruah bangsa dan kejamnya peperangan terus menguji kecekalan hati Rentap.
*****************************************************************
RENTAP 02 - AGI HIDUP AGI NGELABAN
Pada tahun 1857, Bukit Sadok menjadi saksi pertempuran antara Rentap bersama pahlawan Iban menentang tentera Brooke. Dalam pertempuran ini, tentera British cuba menawan kubu Rentap, namun Rentap dan para pahlawannya berjaya mempertahankan kedudukan mereka. Tentera Brooke tidak berputus asa. Mereka kembali menyerang kubu Rentap pada tahun berikutnya, namun serangan ini juga menemui kegagalan. Pertempuran terakhir yang terjadi pada tahun 1861, menyaksikan tentera Brooke menggunakan kekuatan penuh, termasuk meriam yang berat untuk memusnahkan kubu tersebut. Walaupun kubu Rentap musnah, namun pihak musuh gagal menawan pahlawan agung itu. Komik Rentap 2 memaparkan detik-detik perjuangan terakhir Rentap dalam mempertahankan tanah air daripada cengkaman penjajah.