NOVEL : AMUKAN IBLIS - HRD
- Regular price
- RM 26.01
- Sale price
- RM 26.01
- Regular price
-
RM 28.90
Share
POCONG MINYAK DAGU - ZAIFU ZAMAN AHMAD Seluruh penduduk Kampung Pasir gempar dengan kemunculan pocong Sutinah yang baru saja dikebumikan. Wak Kosman terjumpa kesan lubang dan tanah digali pada kubur itu. Seorang demi seorang penduduk kampung terserempak dengan pocong Sutinah. Gangguan yang diterima membuatkan penduduk kampung berada dalam keadaan takut. Malahan terdapat spekulasi di kalangan penduduk kampung mengatakan yang roh Sutinah mahu membalas dendam. "Saya tak nak kena kacau lagi dengan dia" - Samad PUAKA NIBONG TUNGGAL - SAIDEE N. AZAM "Kau biar betul. Semakin lama semakin banyak timbul kisah itu dan ini. Hah ini kisah seram apa pulak? Kalau Kampung Pasir ada penampakan pocong, kampung kita pulak ada apa? Hantu galah? Toyol? Habis itu macam mana dengan Kampung Seri Kenanga? Lama aku tak balik tiba-tiba ada macam-macam cerita seram berlaku sekarang ini." - Nasir SUNDEL BOLONG - EB REEZA "Kalau saya katakan pada suatu zaman dahulu makhluk halus, hantu, syaitan, dan iblis itu wujud, awak percaya?" - Cik Bunga Cik Bunga sedikit bengang kerana subjeknya mendapat tentangan daripada salah seorang pelajarnya. "Saya tak percaya. Zaman bila tu Cik Bunga yang wujud semua benda ini? Adakah pada zaman 50an, 60an, 70an, 80an? Saya tak yakin zaman 90an masih wujud benda-benda alah ni" - Ayden Ayden masih mahu menafikan tentang kewujudan makhluk halus yang pada hematnya hanya rekaan semata-mata pada zaman dahulu untuk menakut-nakutkan kanak-kanak agar mendengar cakap orang tua mereka.