NOVEL : BANGKIT DARI BAYANG-BAYANG - ARCILLUS HOUSE RESOURCES
- Regular price
- RM 26.10
- Sale price
- RM 26.10
- Regular price
-
RM 29.00
Share
Dua hari tidur, bangun dan teguk air kosong. Subhanallah, kuatnya kakak.
"Bagaimana terfikir nak berjualan nasi lemak?"
"Selepas dua hari, kakak dapat berita ada jualan murah di pasar. Ayam 25 ketul hanya tiga dinar sahaja. Kakak fikir kalau kakak jual nasi lemak ayam goreng dengan harga satu dinar mesti laku."
"Kakak ke pasar seorang diri. Beli ayam, telur, beras. Habislah dalam sepuluh dinar. Cili kering, santan dan bilis masih ada sbebab kakak bawa banyak dari Malaysia."
"Umi tahu tak/ Dua tangan kakak tatang telur. Lengan kanan plastik beras sepuluh kilo dan lengan kiri pula ayamm. Gigil-gigil tangan kakak nak sampai ke stesen bas dari pasar. Jauh juga" cerita kakak lagi.
Aku mendengar cerita kakak dengan pandangan yang kosong. Benakku sukar nak faham dan hadam. Bagaimana kakak boleh menempuhnya sendirian?
"Esoknya kakak cod nasi lemak 10 km dengan berjalan kaki. Kiri kanan bimbit 40 bungkus nasi lemak."
"Jauhnya. 10km pergi balik?"
"Tak, 10 km sehala. Pergi balik 20 km. Cuma Allah permudahkan urusan kakak. Setiap laluan yang pernah kakak masuk, kakak boleh ingat. Kakak tidak sesat."
Aku melopong. 20 km kakak berjalan kaki untuk menyambung hidup? Masya-Allah. Hebatnya kakak.