• RCE HATTA-01
  • RCE HATTA-02
1

NOVEL : HATTA- THE HIDDEN CROWN - RCE

Regular price
RM 38.70
Sale price
RM 38.70
Regular price
RM 43.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

Di Eldoria, cinta jarang lahir tanpa pengorbanan. Antara kuasa, rahsia dan perkahwinan yang diaturkan, berdiri seorang Hatta Adhuka yang memilih hatinya sendiri walaupun seluruh dunia menentang.

Embun Bayu, gadis yang lembut dan sering tunduk pada keluarga tak pernah menyangka dia adalah pewaris sebenar kepada takhta yang sedang dipertaruhkan.

Mereka bertemu selepas Hatta kembali semula ke Eldoria dan diminta untuk memenuhi janji temu yang diaturkan oleh keluarga Bayu dan Adhuka.

“Awak Cempaka betulkan?” – Hatta Adhuka

“Ya, saya Cempaka.” – Embun Bayu

“Good. Mungkin saya silap pandang. Saya ingatkan awak Embun.” – Hatta Adhuka

Pertemuan yang penuh dengan kepalsuan itu pada akhirnya mencambahkan cinta yang tulus dan ikhlas. Antara tuntutan darah dan bisikan cinta, Embun terperangkap dalam dilema yang hanya Hatta sahaja mampu menggoncangkan.

“Awak tak faham, Hatta. Memang ini hidup saya, tapi siapa awak yang nak menentukan. Kadang-kadang, percaya dan cinta tak cukup untuk saya benar-benar keluar daripada hidup yang macam ni.” – Embun Bayu

“Tapi, awak sekadar hidup. Bukannya betul-betul hidup, Embun.” – Hatta Adhuka

Apakah cinta mereka cukup kuat untuk melawan keluarga atau hanya menjadikan mahkota tersembunyi itu kekal sebagai rahsia?