• NOVEL KK 10-02
  • NOVEL KK 10-03
1

NOVEL : SIRI WIND SEEKER - BOOKIUT

Regular price
RM 10.80
Sale price
RM 10.80
Regular price
RM 12.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

Wind Seeker

Arjuna, seorang petarung kuat Laga Wau, yang dijangkiti penyakit berbahaya setelah Kerajaan Dewangga didatangi sekumpulan kupu-kupu misteri. Pertemuannya dengan lntan, seorang gadis biasa yang membawa jurnal memberi harapan kepada Arjuna. Jurnal tersebut mempunyai maklumat mengenai bunga penyembuh yang mampu menyelamatkan dirinya sendiri. Kurnia, seteru Arjuna juga tidak disangka mengikuti perjalanan mereka. Mereka perlu menyelamatkan Kerajaan Dewangga, bertarung dengan raksasa, pada masa yang sama membongkar masa lepas kerajaan mereka.

Kisah mengenai persahabatan yang terjalin sepanjang perjalanan. Adakah Arjuna berjaya menemui bunga itu? Berjayakah dia menyelamatkan Kerajaan Dewangga, juga dirinya sendiri?


Wind Seeker: Kebangkitan Musuh

Sudah setahun berlalu sejak serangan kupu-kupu berlaku. Selepas beberapa lama tidak bertemu, Kurnia tidak menyangka dapat berjumpa dengan lntan dan kakanda perempuan Arjuna, Hayati. Namun, kegembiraan mereka hilang apabila diserang seseorang yang amat dikenali.

"Kalau aku tiada, siapa berdiri di depan kalian sekarang?"

Kejadian demi kejadian aneh mula berlaku. Apatah lagi, kemunculan penyerang itu terus mengganggu Kurnia. Bersama Hayati dan lntan, mereka bertiga berlayar demi merungkai misteri yang melanda.

Siapakah sebenarnya yang ditemui mereka? Mampukah mereka menyelamatkan Kerajaan Dewangga daripada ancaman musuh?