• IDK THE ZERO-01
  • IDK THE ZERO-02
1

NOVEL : THE ZERO - IDEA KREATIF

Regular price
RM 35.10
Sale price
RM 35.10
Regular price
RM 39.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

Dia membara, seperti api yang sedang marak, dominan dan menegangkan... Itulah Zero Kazuya di mata Xiena Ashlee. 


Xiena, pelajar yang lahir dari keluarga mewah tetapi ditakdirkan hidup seperti orang miskin. Dia terpaksa bekerja keras untuk menampung hidupnya sampai melangkah ke universiti.  


Xiena tak pernah meminta lebih dari sekadar hidup yang tenang tetapi kewujudan Zero menjadikan dunianya kucar kacir. Zero Kazuya bukan lelaki biasa. Di balik jasanya sebagai pendidik, tersembunyi sisi dunia yang Xiena tak pernah faham sehinggalah dia terperangkap di dalamnya.


“Urusan aku adalah kau. Kau tak perasan ke selama ni?!” -ZERO KAZUYA. 


Menolak kata cinta tapi akhirnya, cinta juga membuatkan Xiena jatuh tenggelam hingga ke dasar yang paling dalam. 


Satu fitnah memisahkan mereka selama lima tahun. Xiena pergi membawa nyawa kecil.


Namun suatu hari, mereka bertemu semula dalam dunia yang sudah tidak sama. 


Zero semakin tenggelam dalam bayang-bayang kekuasaan yang mengusiknya sejak dulu.


Sedangkan Xiena, hanya mahu kembali kepada cinta yang dia pernah tinggalkan. 


Sayangnya, cinta dalam dunia yang gelap tak pernah datang tanpa harga. Dan Zero… jika ini harga terakhir yang perlu dibayar, dia akan membayarnya sendiri.