NOVEL : YODHA THE LEGACY - HASH AULIA
- Regular price
- RM 25.20
- Sale price
- RM 25.20
- Regular price
-
RM 28.00
Share
Kalau dulu, mereka pening kepala dengan anak-anak.
Bakar gudanglah, bakar dapur paksulah, jual berudulah. Dan paling tak tahan, sampai kena tangkap polis sebab lumba haram basikal lajak.
Dan sekarang?
Mereka pening dengan cucu pula.
Kalau si ayah dulu panjang akal, si anak ni langsung tak terjangka dek akal!
Ada ke patut nak bela babi? Tak dibuat orang!
Yodha ingat, generasi anak-anak dulu dah cukup menguji iman.
Rupanya cucu-cucu lagi advance. Tak cukup dengan nak bela babi, siap tangkap segala jenis binatang nak bawa ke sekolah.
Kalau anak-anak dulu menjahanamkan harta benda, cucu-cucu ni pula menghanguskan duit poket. Kononnya nak buat eksperimen api. Tapi duit RM50 jadi mangsa! Katanya nak hidupkan api guna “kertas khas.”
Sumpah, Yodha terdiam.
Dulu pening sebab anak.
Sekarang pening, cucu!
Dalam dunia yang dah aman dari perang, mereka berdepan perang baru. Iaitu perang dengan cucu yang lebih cerdik, lebih berani, dan jauh lebih berani buat benda bodoh daripada ayah-ayah mereka dulu.