• HB-ADIKUASA MEREBUT ORDE DUNIA-01
  • HB-ADIKUASA MEREBUT ORDE DUNIA-02
1

UMUM : ADIKUASA MEREBUT ORDE DUNIA - PATRIOTS

Regular price
RM 54.00
Sale price
RM 54.00
Regular price
RM 60.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

“Sejarah manusia adalah sejarah adikuasa”


Sejak awal peradaban, dunia sentiasa menyaksikan kemunculan dan kejatuhan adikuasa, iaitu negara-negara yang mendominasi politik dunia.

Dari Rom pada abad pertama, Khilafah Islam pada abad ke-7, Mongol pada abad ke-13, Uthmaniyah pada abad ke-15, Portugal dan Sepanyol pada abad ke-16, Belanda pada abad ke-17, Perancis pada abad ke-18, Britain pada abad ke-19 hingga ke Amerika Syarikat pada hari ini; setiap era mempunyai adikuasanya.

Dengan kekuatan ketenteraan, ekonomi dan budaya, mereka bukan sahaja menguasai wilayah, tetapi juga mencorakkan politik dunia, menentukan sistem ekonomi dan membentuk ideologi yang terus bertahan hingga kini.

Namun, tiada adikuasa yang kekal selama-lamanya. Amerika Syarikat kini menghadapi kemerosotan, manakala kuasa baharu seperti China muncul mencabar kedudukannya di pentas global.

Adakah kita sedang menyaksikan lahirnya orde dunia yang baharu? Atau mungkinkah raksasa adikuasa ini akan merubah kepada bentuk yang seterusnya?

Buku ini membawa pembaca merentas masa untuk meneliti sejarah 17 buah negara adikuasa dunia dari pelbagai benua, tamadun dan agama. Ia bukan sekadar kisah tentang kebangkitan dan kejatuhan kuasa-kuasa besar dalam corak sejarah yang berulang tetapi juga memerikan hala tuju masa depan dunia.