• UMUM 12-05
  • UMUM 12-06
1

UMUM : DEMOKRASI DALAM KELUARGA , PENDIDIKAN , PERNIAGAAN DAN RUMAH IBADAT - CRESCENT NEWS

Regular price
RM 36.00
Sale price
RM 36.00
Regular price
RM 40.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products
Buku yang anda baca ini adalah buku Siri 2 Falsafah Demokrasi dan Keadilan dari 4 siri yang kami sediakan. Untuk siri ke-2 ini, kami menumpukan perbincangan tentang Demokrasi peringkat mikro.
Empat siri Falsafah Demokrasi dan Keadilan berkenaan adalah
seperti berikut:
Siri 1: Demokrasi Diktator Majoriti
Siri2: Demokrasi dalam Keluarga, Pendidikan, Perniagaan dan Rumah Ibadat
Siri 3: Sintesis Anti-Liberalisme Perspektif Barat
Siri 4: Manusia Sebagai K halifah dan Epistokrasi Islam
Demokrasi Mikro dan Demokrasi Makro Manusia mahukan demokrasi bukan sahaja di dalam organisasi makro seperti negara tetapi juga organisasi mikro seperti keluarga, bilik darjah, tempat kerja dan rumah ibadat. Demikian itu, demokrasi boleh dan sesuai difahami pada dua peringkat iaitu demokrasi makro dan demokrasi mikro. Buku siri kedua ini adalah diskusi falsafah dan keadilan di peringkat mikro dan perbincangan demokrasi peringkat makro hanya disentuh apabila peringkat demokrasi tersebut berkaitan dengan demokrasi mikro sahaja.

Pada hari ini, bukan sahaja hanya anak-anak mahukan demokrasi tetapi pelajar-pelajar, para pekerja, bahkan ahli jemaah rumah-rumah ïbadat juga, baik dalam agama Islam mahukan agama-agama lain juga mahukan demokrasi. Kemahuan atau tuntutan berdemokrasi sedemikian sememangnya ada buruk dan baiknya dan tuntutantersebut amat bergantung kepada darjah kebebasan dan kawalan yang diamalkan dalam organisasi-organisasi berkenaan, Dalam mana-mana organisasi sckalipun, satu perkara yang tidak boleh dan tidak mungkin dikorbankan adalah matlamat (elos) organisasi berkenaan, Sememangnya demokrasi dan kebebasan boleh dan wajar dialu-alukan, namun begitu, sebagaimana yang ada pada pandangan dan dinasihatkan oleh beberapa orang pakar yang dirujuk dalam buku ini, demokrasi dan kebebasan terbabit tidak dan jangan sampai mengorbankan matlamat kehidupan. Matlamat kehidupan yang dimaksudkan itu adalah berkasih sayang dan berusaha mendapatkan zuriat dalam keluarga, menuntut ilmu dan mendapatkan pencerahan di dalam bilik darjah, kecekapan dan keuntungan di tempat kerja dan matlamat bagi menunjukkan tanda kesyukuran dan keredhaan Tuhan dalam rumah ibadat. Inilah antara perkara-perkara penting yang dibahas di dalam buku ini.

Buku ini mengandungi dua bahagian (A dan B). Bahagian A (mengandungi empat bab) adalah perbincangan tentang konsep- konsep penting dan istilah-istilah teknikal utama demokrasi mikro manakala Bahagian B (juga mengandungi empat bab) adalah kajian kes keempat-empat organisasi demokrasi mikro yang menjadi tumpuan diskusi buku ini. Anda boleh abaikan perbincangan konseptual dan teknikal dalam Bahagian A sekiranya diskusi seperti ini boleh meletihkan minda anda dengan cepat. Anda boleh pilih mana-mana perbincangan dalam Bab 5,6, 7 dan 8 untuk dibaca terlebih dahulu mengikut keutamaan atau minat anda. Perlu dicatatkan di sini bahawa demokrasi mikro ini bukan sahaja wujud dalam empat kes yang dibincangkan di dalam buku ini. Tuntutan dan amalan demokrasi mikro boleh juga wujud dalam organisasi kecil yang lain seperti organisasi sukan, persatuan ibu bapa dan guru-guru, kelab penulis serta kelab-kelab dan perkumpulan-perkumpulan yang lain.