• 266-01
  • 266-02
1

NOVEL : DORM DU - NUKILAN BIRUNI

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

Selepas kehilangan ibunya, Agrin, gadis berusia enam belas tahun, dihantar oleh ayahnya

ke kampung untuk tinggal bersama nenek—dengan harapan udara baharu mampu

menyembuhkan luka lama.

Namun pada pagi berikutnya, ketika Agrin berjalan menuju ke sekolah barunya melalui

jalan hutan, kabut tebal tiba-tiba menelannya dan membawanya ke sebuah sekolah

megah bergaya Victoria yang bernama DORM DU.

Dari situlah mimpi ngeri bermula. Di sebalik permaidani mahal, candelier yang berkilauan,

dan perabot mewah, tersembunyi rahsia yang jauh lebih gelap. Di dalamnya, para pelajar

melayang di udara, terjebak dalam permainan kejam demi markah yang menentukan

nasib mereka.

Bersama Dyler, lelaki misteri yang menyimpan banyak rahsia, dan Nancy, gadis yang

penuh kecurigaan, Agrin mesti merungkai teka-teki gelap Dorm DU sebelum namanya

turut terpahat sebagai “GAGAL.”

Di Dorm DU, pemberontakan bererti hukuman, dan kepatuhan bererti kehilangan jiwa.