UMUM : PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA DALAM BAHASA MELAYU - CRESCENT NEWS
- Regular price
- RM 32.00
- Sale price
- RM 32.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Buku ini memuatkan perbincangan yang mendalam tentang kemahiran dalam bahasa Melayu. Kemahiran berbahasa merupakan satu cabang ilmu dalam skop bahasa yang meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada individu yang ingin menguasai bahasa baku dengan betul dan sempurna.
Buku ini mempamerkan kekuatannya yang tersendiri dengan mengetengahkan perbincangan mengenai kaedah pengajaran, penerangan dan contoh bahan bantu belajar, contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam setiap kemahiran, penghuraian standard pembelajaran, malah dilengkapi dengan contoh rancangan pengajaran harian berserta penulisan refleksi. Kelebihan buku ini dipaparkan melalui konteks perbincangan mendalam yang meliputi aspek kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis termasuk aspek lain yang bermanfaat untuk guru seperti pentaksiran dan kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna.