• 461-01
  • 461-02
1

UMUM : SEGALANYA KERANA KUASA - CRESCENT NEWS

Regular price
RM 42.00
Sale price
RM 42.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | HASANIBOOKS - Kedai Buku Online Malaysia | Buku Teks, Al-Quran, Alat Tulis & more
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS - Kedai Buku Online Malaysia | Buku Teks, Al-Quran, Alat Tulis & more
Authentic products

SEGALANYA KERANA KUASA


Buku ini ditulis, adalah lanjutan daripada penulisan buku oleh Penulis yang telah diterbitkan sebelum ini atas tajuk Isu-Isu Integriti, Tadbir Urus Dan Jenayah Rasuah di Malaysia. Dalam buku ini masih membicarakan persoalan integriti yang lebih fokus kepada isu-isu semasa perlakuan jenayah rasuah di negara ini. Buku ini akan mengupas bagaimana keinginan manusia terhadap jawatan dan kuasa adalah sesuatu yang kompleks dan berakar dalam sistem kehidupan.


Antara sebab manusia sering kali “tergila-gila” terhadap jawatan dan kuasa adalah untuk memenuhi kepuasan psikologi, keinginan status sosial dan untuk memperoleh pengaruh dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Ada manusia berkehendak kuasa semata-mata untuk kepuasan emosi dan nafsu. Ada manusia memerlukan kuasa untuk kepentingan peribadi seperti untuk memperoleh kemewahan hidup dan kekayaan. Keinginan ini sangat mendalam dan melibatkan pelbagai faktor yang bersifat individu dan secara kolektif.


Frasa “segalanya kerana kuasa” dalam konteks perlakuan jenayah rasuah, adalah merujuk kepada individu yang terlibat dalam jenayah rasuah sering kali bertindak atas dorongan untuk mendapatkan atau mengekalkan kuasa, sama ada dalam politik, ekonomi atau sosial. Kuasa menjadi pendorong utama kepada seseorang tidak berintegriti untuk melakukan jenayah rasuah. Motif di sebalik jenayah ini boleh berkait rapat dengan keinginan memperoleh kekayaan atau kemewahan, mengekalkan status dan kawalan terhadap sistem atau organisasi.


Kuasa ini boleh memberi seseorang yang tidak berintegriti itu pengaruh besar, yang kemudiannya dimanfaatkan untuk meraih “laba” secara tidak sah di sisi agama dan undang-undang. Jenayah rasuah dilihat sebagai satu cara untuk memperkukuh kuasa dan kedudukan seseorang itu, sama ada sebagai anggota pentadbiran, pegawai awam atau sektor swasta. Kesimpulannya, segalanya kerana kuasa dalam konteks jenayah rasuah menggambarkan bagaimana keinginan untuk memperoleh dan mempertahankan kuasa menjadi faktor pendorong utama yang menyebabkan individu terlibat dalam jenayah rasuah.


Semoga bermanfaat. Insya-Allah.